Perkataan ILMU tidak perlu diperincikan kerana semua orang tahu apa yang tersurat namun yang tersirat masih begitu jauh lagi difahami. Ini kerana ILMU begitu luas jangkauannya yang hanya Allah swt sahaja yang tahu segala-galanya.
Pencarian ILMU bermula sejak dibuaian lagi hinggalah ke liang lahad atau bila nyawa bercerai daripada badan.ILMU formal bermula di hari pertama sekolah Tadika dan berakhir hingga habis semester di IPTA/IPTS manakala ILMU tidak formal boleh didapati 24 sehari 7 jam seminggu.
Tujuan utama mencari ILMU adalah untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat bukannya untuk bermegah-megah.Ia harus diamalkan dan disebarkan secara berterusan agar kesan dapat dinikmati seluruh lapisan rakyat tidak kira di timur atau barat.
Mencari ILMU harus dengan niat menuju keredhaan Allah swt bukannya ilmu yang boleh mendatangkan kemungkaran.Jika mengetahui hakikat ILMU Allah swt sudah pasti hati akan tabah menghadapi apa juga cabaran ketika menerokai pengetahuan yang berfaedah untuk diri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Comments