- Semalam yang bermula waktu subuh hingga isyak telah terisi dengan padunya untuk mencapai impian jangka pendek, sedarhana dan panjang.
- Hari ini akan diteruskan lagi pengisian waktu bagi memestikan kesinambungan semalam tidak sia-sia dan memperbaiki mana-mana kurang serta meningkatkan ketepatan menjalankan tugasan seharian.
- Esok yang belum pasti apa yang berlaku tetapi hari ini sudah tersedia jadual waktu bagi
melaksanakan aktiviti berfaedah bagi mencapai cita-cita murni.
- Tanpa semalam hari ini tiada. Jika hari ini tidak diisi hasilnya esok tiada dituai.Suasana silih berganti semalam, hari ini dan esok.
- Malam tanpa bulan gelaplah dunia namun keindahan alam yang sunyi sepi mengamit hati yang terluka.
- Siang tanpa mentari suramlah pengelihatan namun awan berarak menutupi sinaran diiringi rintikan hujan menyejukkan sukam dan minda yang kegersangan akibat kepanasan.
Comments