Syukur Alhamdulillah nafas masih berhembus di bulan lapan biarpun cabaran demi cabaran datang namun harapan masih bergemarlapan.
Hari ini 1 ogos 2015 bersamaan hari sabtu 16 Syawal 1436 yang merupakan hari ILMU. ILMU wajib/wajar/perlu dijadikan budaya hidup agar kita tidak terpedaya dan pada masa yang sma tidak memperdayakan orang lain.Hanya dengan ILMU berupaya mengenalpasti mana yang kaca dan mana yang permata.
Setiap orang telah dibekalkan otak untuk menjana minda supaya dapat berfikir sebelum bertindak atau berkata-kata agar tidak timbul masalah atau dilema ketika ini dan masa akan datang. Pepatah Melayu ada menyatakan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Begitu terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Situasi ini sering berlaku kerana kurang ilmu ketika membuat sesuatu keputusan.
Sebenarnya setiap saat kita kena membuat keputusan sama ada kecil, sedarhana dan besar. Contoh bila terdengar azan di minda kita akan berlaku proses membuat keputusan sama ada ke surau solat berjemaah atau tidak. Keputusan yang dibuat tidaklah memerlukan apa-apa rujuk kerana ia sudah menjadi kewajiban dan rutin kepada sesiapa yang mempunyai nilai keagamaan.
Keputusan yang berskala sedarhana pula adalah apa-apa tindakan yang dibuat untuk hari ini dan minggu-minggu yang akan datang seperti menghadiri mesyuarat dan rumah terbuka. Ia memerlukan sedikit perbelanjaan seperti minyak kereta dan pakaian yang sesuai serta adap-adap bersalaman dengan orang-orang yang baru dikenali di samping isu-isu yang menjadi bahan perbualan.
Keputusan yang agak besar pula adalah perkara yang membawa impak yang besar pada jangka masa yang panjang.Contohnya menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau mengambil keputusan untuk membina rumah tangga. Semua ini memerlukan rujukan atau nashat.
Apapun keputusan yang dibuat ia seharusnya menuju ke arah mencapai matlamat atau tujuan hidup. Bagi seorang muslim matlamat atau tujuan hidup sudah jelas iaitu beribadah kepada Allah swt. Beribadah bukan sekadar menunaikan rukun islam yanng lima dan menyakini sepenuh hati terhadap rukun iman yang enam tetapi termasuk juga khidmat kepada bangsa dan negara.
1 Ogos 2015
Likas Kota Kinabalu.
2023 - Ekonomi 2022 - Seimbang 2021 - Bermutu 2020 - Solusi menyeluruh 2019- Sedar dalam sabar 2018- Meniti realiti menyingkap memori melakar impian (Gemar8) 2017 - Arah Tuju Terus Maju 2016 - Tanam Keyakinan Rukun Iman 6. 2015 - Elak Dilema Hidup Bermakna 2014 - Matlamat tepat 2013 - Pilihan Hati Istiaqamah Beribadah kerana Allah. Berkhidmat tanpa penat. Ekonomi Murni Hidup harmoni
Comments