Skip to main content

BERFIKIR POSITIF MEMBENTUK MINDA YANG TENANG

Berfikir secara positif berterusan tanpa henti akan membentuk minda yang tenang. Minda yng tenang sudah pasti melahirkan suatu karya atau tindakan yang bermutu tinggi. Untuk mencapai minda yang tenang tidak semudah dikata memerlukan usaha yang tidak mudah kenal putus asa. Pelbagai cara untuk berfikir secara positif yang terpulang kepada diri masing-masing. Cara yang paling mudah adalah rajin membaca, menyertai apa-apa aktiviti berfaedah dan mengembara ke serata dunia. Hidup membaca hidup bahagia merupakan slogan kata yang menggambarkan bertapa pentingnya amalan budaya membaca ditanam ke dalam diri. Dengan membaca banyak pengetahuan atau ILMU baru diperolehi untuk dipraktiskan dalam meneruskan kehidupan seharian. Usah biarkan MASA terbuang begitu sahaja tanpa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah bagi mengisi waktu yang sangat berharga. Pengisian aktiviti berbentuk kemasyarakatan sangat peru direncanakan bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Contoh kegiatan bermenafaat yang boleh disertai adalah program ziarah dan dakwah anjuran Badan Kebajikan Kakitangan TM di daerah Ranau baru-baru ini. Aktiviti ini dapat mengisi MASA, TENAGA dan WANG bagi menunaikan jasa bakti kepada umat setempat. Berfikir secara positif diiringi tindakan setiap ketika akan membuahkan hasil bermenfaat untuk masyarakat di samping beribadat untuk bekalan di akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Halim Yatim - Ratapan Anak Tiri (HQ Audio)

Ceramah Agama: Jangan Diremehkan - Ustadz Dr. Syafiq Riza Basalamah, M.A.

Awie-Tragedi Oktober~lirik~