Skip to main content

FOKUS CAPAI ARAH TUJU

1. Kini genap 80 hari berada dalam tahun 2016 bagi meneruskan sisa-sisa sia yang masih berbaki sebelum ajal menjemput tiba.

2. Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah kerana terus memberi ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan dengan berkat dan bantuanNya yang tidak putus-putus.

3. TIPS MET, KIPDTS dan KUMPIP terus diterjemahkan dalam rangka mengisi jajaran waktu yang masih ada untuk menangani setiap dilema dan masalah demi membina hidup yang bahagia.

4. Tujuh arah tuju jangka panjang iaitu membina diri yang bertaqwa, berilmu, maju dan bersatupadu dengan menjana kewangan, tenaga dan masa terus direalisasikan kini dan akan datang menerusi kaedah-kaedah yang relevan dengan situasi semasa.

5. Untuk jangka sedarhana Kepimpinan, Ibadah dan Pekhidmatan akan terus dipertingkat dengan displin, tertib dan sistem agar setiap yang diprogramkan akan mencapai kejayaan.

6. Akhirnya untuk jangka pendek dan rutin harian kita bagi mencapai agenda jangka panjang dan sedarhana pastikan Kejayaan, Usaha, Maju, Perancangan, Implementasi dan Penilaian akan menjadi fokus harian kita sepanjang tahun 2016 ini.

7. Mempelajari Bahasa English selama 100 jam sudah pasti dapat membantu kita mencapai kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan kerana BI adalah bahasa antarabangsa.

8. Meningkatkan kemahiran menguasai quran menerusi asas pembelajaran iqra merupakan langkah penting dalam ibadah untuk terus mencapai keTAQWAan.

9. Mendalami sistem maklumat dan mendapatkan set komputer terkini adalah tindakan proaktif dalam dunia tanpa sempadan ketika ini.

10. Insha Allah. Semoga Allah terus memberi kekuatan dan pertolongan bagi mencapai ketiga-tiga jajaran tindakan ini supaya memberi menafaat kepada diri, keluarga,masyarakat dan negara.

Likas,
KK.


Comments

Popular posts from this blog

Halim Yatim - Ratapan Anak Tiri (HQ Audio)

Ceramah Agama: Jangan Diremehkan - Ustadz Dr. Syafiq Riza Basalamah, M.A.

Awie-Tragedi Oktober~lirik~