Skip to main content

Penetapan BP 2017

Tahun 2017 akan menjelma setelah tahun 2016 melabuhkan tirainya. Berbaki 34 hari slogan bagi tahun 2016 iaitu Tanam Keyakinan Tumbuh Keimanan akan dimantapkan ke dalam diri untuk menempuh arah 7 yang menyeluruh pada tahun 2017 bagi memestikan sebuah kehidupan yang bergemarlapan pada tahun 2018.

Arah 7 yang menyeluruh merupakan slogan baru yang akan digunakan bagi mengharungi 365 hari tahun masih 2017 nanti yang fokus kepada langkah-langkah sepadu lagi terperinci setiap apa yang dilaksanakan setiap detik yang sedang dan akan dilalui.

Sudah tentu keyakinan yang ditanam untuk menghasilkan keimanan merupakan asas yang penting untuk melakukan suatu yang bermenafaat sepanjang hayat bagi kepentingan seluruh umat dan rakyat setempat serta sejagat.

Arah 7 yang menyeluruh bagi tahun 2017 sedang dirangka sebelum dimuktamadkan menjelang 1-1-2017 sempena 50 tahun anugerah usia yang tersisa untuk terus berusaha mencapai matlamat yang tepat.

Matlamat yang tepat   juga visi jangka panjang kita adalah untuk menjadi insan yang berTaqwa, berIlmu, Maju dan berSatupadu dengan misi yang jelas menjana atau mengalas kewangan, sumber tenaga dan anugerah masa yang digunakan untuk mengeluarkan output yang berfaedah kepada ummah sedesa dan sedunia.

Jesteru itu 7 inisiatif akan dijadikan fokus bagi tahun 2017 nanti seperti berikut:-

1. Menjana pendapatan sampingan
2. Memperkukuhkan kemahiran dan keupayaan.
3. Memperkasakan Fardu Ain dan Kifayah
4. Menguasai Bahasa Inggeris
5. Tekologi Maklumat
6. Meningkatkan daya kepimpinan
7. Menerbitkan karya di akhbar/majalah/buku.

Bermula tahun depan keutamaan akan diberikan bagi mencapai inisiatif ini agar kehidupan dilimpahi kegemar8 pada tahun 2018. Insha Allah.

Tanam Keyakinan Tumbuh Keimanan.

27/11/2016
8.39 PM
Likas, KK.


Comments

Popular posts from this blog

Halim Yatim - Ratapan Anak Tiri (HQ Audio)

Ceramah Agama: Jangan Diremehkan - Ustadz Dr. Syafiq Riza Basalamah, M.A.

Awie-Tragedi Oktober~lirik~