Skip to main content

2017 - Arah Tuju Terus Maju

Hari ini genap 20 hari berada di tahun 2017 Masihi setelah 2016 berlalu bagi menanamkan keyakinan teguh terhadap Rukun Iman yang 6.

Arah tuju tertentu bagi mengisi detik-detik waktu telah dikenalpasti bagi melaksanakan objektif harian, minggu, bulanan dan tahunan bagi mencapai visi jangka sedarhana dan panjang.

Visi jangka sedarhana adalah mendapatkan kemahiran dalam bidang Bahasa Antarabangsa iaitu English dan Bahasa Akhirat iaitu Bahasa Arab tanpa mengenepikan bahasa ethnik.

Menguasai ketiga-tiga bahasa ini sangat penting agar komunikasi mencapai matlamatnya.

Di samping itu juga kemahiran dalam bidang perisian(Software) dan perkakasan (Hardware) perlu juga diperkasakan agar memudahkan urusan hidup seharian dan rutin kerja seharian.

Jesteru itu keazaman akan diperkuatkan bagi melaksanakan secara istiqamah ibadah dan berkhidmat tanpa penat selagi punya hayat.

Arah Tuju Terus Maju.

20/1/2017
Kuching, Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Halim Yatim - Ratapan Anak Tiri (HQ Audio)

Ceramah Agama: Jangan Diremehkan - Ustadz Dr. Syafiq Riza Basalamah, M.A.

Awie-Tragedi Oktober~lirik~